CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, August 13, 2018

PANDANGAN .....



Kita semua adalah orang biasa ...
dalam pandangan orang yang tidak mengenal kita .

Kita adalah orang yang menarik ...
di mata orang yang memahami kita .

Kita istimewa ...
dalam penglihatan orang yang mencintai kita .

Kita adalah pribadi yang menjengkelkan ...
 bagi orang yang penuh kedengkian pada kita .

Kita adalah orang-orang jahat ...
di dalam tatapan orang yg iri pada kita .

Pada akhirnya, setiap orang memiliki pandangannya masing masing, maka tak usah berlelah agar tampak baik di mata orang lain .

Cukuplah dengan ridha الله bagi kita, sungguh mencari ridha manusia adalah tujuan yang tak kan pernah tercapai .

Sedangkan Ridha الله tujuan yang pasti sampai .

Maka tinggalkan segala upaya mencari keridhaan manusia, dan fokus saja pada
ridha الله

SYEKH THANTHAWI
(Grand Syekh Al Azhar Assyarif)

PETUA MENDIDIK ANAK MENJADI SOLEH .....

13 PETUA POWER MENDIDIK ANAK YANG NAKAL MENJADI SOLEH! .....

1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam.

Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam.

Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agrasif serta mudah melawan cakap.

 Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.

2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.

3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.

4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.

5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.

6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya. Beri juga makanan sunnah seperti kurma dan madu.

7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.

8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agrasif dan hyperaktif.

9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.

10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agrasif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.

11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang.

Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.

Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:

1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba'diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.

2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam.

Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.

3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.

4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.

5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi.

Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.

6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.

7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.

8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.

9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu.

 Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.

10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya 'Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan.
Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.

11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.

12. Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.

13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.

Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.

Sumber : Prof. Madya Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah.

TERAPI AIR HUJAN ....

Terapi Air Hujan untuk segala penyakit & Gangguan Jin.....

Kalau hujan ☔turun jangan masuk rumah...tapi mandilah dengannya kerana ini adalah terapi semulajadi Allah berikan untuk makhluknya..Tapi selalu org tua kita melarang kita mandi hujan sbb takut sakit🤕...& larangan itu kita wariskan pula ke anak2 kita...Ini pemahaman yg salah.

Kalau sakit lepas mandi hujan tu bukan sbb air hujan tp sebab dalam badan byk benda kotor dan air hujan tu sbg bahan cuci utk membuang semua kekotoran terutamanya gangguan syaitan. Kadang2 Allah tunjuk tanda badan kita ada sesuatu melalui kesakitan itu. Kalau kita sakit teruk lepas mandi hujan itu perlu rawatan susulan dgn Ruqyah Syar'iyyah...Salah 1 cara SCAN diri tu adalah dgn Mandi air hujan...ada juga org mandi hujan tak juga sakit2 sbb badannya bebas jin. Alhamdulillah

Tapi mandi bukan sembarangan mandi..Ada cara & kaedahnya...
di bawah kami ajarkan...

☔Niat - Niatlah dlm hati sekuatnya & mohon pertolongan Allah utk apa kita mandi hujan...

😈Cth 1: menghancurkan jin yg zalim ke atas jasad kita (niatkan & mohon pd Allah jadikan air hujan sbg api &; asid yg membakar badan jin dlm badan kita.

👩‍👧‍👦Cth 2: anak degil @ hyperaktif umur (5 thn ke atas) niatkan lembutkan hatinya agar dengar kata2 org tuanya...&; dihilangkan gangguan syaitan...org tuanya xperlu mandi hujan cukup memerhatikan &; baca ayat2 di bawah sehingga didengari anknya...
Dan apa shj niat bergantung penyakit & keluhan masing2.

☔Biarkan hujan berlalu selama sekurangnya 10 minit barulah kita mandi air hujan.

☔Air hujan yg digunakan utk terapi ini mesti yg turun terus dari langit.Tidak terkena pokok/bumbung atau disambut dgn baldi.

☔Air hujan yg turun sebaiknya hujan yg lebat bukan gerimis.

☔Tadah air hujan dari langit ke bekas kecil utk dibuat minum. In shaa Allah ini jg adalah penawar.

☔Mulakan mandi sambil membacakan sekurangnya Al Fatihah atau lebih baik lagi dgn ayat2 standard iaitu Ayat Kursi &; Al Ikhlas, Al Falak &; An Nas. Bonus jika tahu ayat ruqyah yg lain mengikut jenis penyakit.

☔Baca terus sehingga sekurangnya 15minit-30minit sambil mandi air hujan.

☔Jika terasa sakit dibahagian badan tertentu tepuk2 dan jika ada rasa mual mau muntah keluarkan jangan ditahan kerana ini tanda ada penyakit/jin yg mau keluar melalui cara ini(cara yg normal & tidak menyakitkan)

☔Sental2 badan seperti menggosok daki di badan.Jika ada penyakit kulit cara ini pun bagus.

☔Selesai mandi badan jangan dilap...kecuali rambut.Biar kering sendiri.

☔Lakukanlah terapi ini selama sekurangnya 3 hari...atau 7 hari berturut.Kalau hujan xturun hari berikutnya nasib lahhh....tunggu lah hujan turun lagi...

☔Lain kali hujan turun jangan mengeluh.Ada manfaatnya bagi org lain .Bagi org yg berakal dgn pemberian Allah akan sentiasa memanfaatkan rezeki Allah.

Wallahu'alam bissawab
Biidznillah
Selamat Mandi Air Hujan 🔥🔥🔥🔥☔

Monday, August 6, 2018