Bismillah .......
Alkisah sebuah rumah…
Renungan untuk semua…
Petang itu kedengaran rungutan TANGGA sudah tidak terbendung lagi . Dia terus berleter. “Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun orang pijak aku. Seronok jadi ATAP. Tak pernah kena pijak.
“ Mendengarkan kata kata TANGGA. ATAP terus bersuara. “Hoi TANGGA. Aku lagi sakit tau. Berpanas berhujan siang malam. Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa menahan kesejukan. Yang seronok jadi TIANG. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak.”
Mendengarkan kata ATAP, TIANG terus bersuara. “Mana kamu tahu? Aku dok tahan pikul atap, segala alang rumah bertan-tan siang malam. Aku terpaksa pikul jugak. Tuhan saja tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi DINDING. Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena pijak.”
Mendengar kata-kata TIANG, lalu DINDING menjawab. “Akulah pelindung khazanah rumah ni. Aku lindung aurat tuan rumah, hartanya bahkan aku terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku tak ada semua tak guna.“
MORAL OF THE STORY .......
Cerita ini untuk mengingatkan bahawa setiap manusia mempunyai tugasnya sendiri. Kamu buatlah kerja yang diamanahkan padamu sebaiknya. Jangan sesekali engkau berdengki pada orang lain. Sebab mata kamu hanya dikurniakan penglihatan daripada segi zahirnya sahaja. Sedangkan realitinya mungkin tidak seindah yang kamu lihat di minda.
Jadilah diri sendiri, jangan cuba jadi orang lain. Manusia hari ini suka sangka-sangka Ada sangka baik..... Ada sangka buruk .....
Orang beribadah disangka riak ....
Orang rileks disangka malas....
Orang berpakaian baru disangka menunjuk...
Orang berpakaian buruk disangka hina...
Orang makan banyak disangka pelahap....
Orang makan sedikit disangka diet..........
Orang yang senyum disangka mengejek .
Orang yang masam disangka merajuk ...
Orang berbincang disangka mengumpat...
Orang yang diam disangka menyendiri...
Orang yang menawan disangka menggoda.....
Orang yang ceria disangka mengada....
Orang yang bertanya disangka menyibuk....
Hakikatnya…
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah....
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa....
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat.....
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya....
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya....
Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya........
Justeru itu…. Sesuatu perkara yang kita lihat Jangan suka sangka-sangka..... Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa.....
Kerap sangka-sangka mengundang celaka.....
Jangan terlalu bersangka-sangka.....
Alhamdulilah ........
No comments:
Post a Comment