Sekiranya kita mempunyai anak yang degil atau tidak mendengar kata, kita
 boleh menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk melembutkan hati mereka. 
Menurut Ustaz Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz, Surah Taha ayat 1 - 6 boleh
 digunakan ....
1.   dengan cara membaca ayat-ayat tersebut sambil mengusap-usap 
kepala anak, setelah habis dibaca ayat tersebut, tiup ubun-ubun anak dan
 sambil berdoa kepada Allah agar anak menjadi seorang yang lembut hati 
dan sentiasa mendengar kata-kata kedua ibu bapa. Insya Allah.
2.   Surah Taha tadi juga boleh dibacakan pada segelas air dengan cara 
berbisik ke permukaan air sambil berdoa kepada Allah agar dilembutkan 
hati anak-anak. Beri anak minum minuman tadi. Mudah-mudahan anak degil 
akan menjadi anak yang lembut hati dan sentiasa taat kepada kedua ibu 
bapa. Insya Allah.
 




