CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, January 7, 2017

DOA LEMBUT HATI ............




Sekiranya kita mempunyai anak yang degil atau tidak mendengar kata, kita boleh menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk melembutkan hati mereka. Menurut Ustaz Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz, Surah Taha ayat 1 - 6 boleh digunakan ....

1.   dengan cara membaca ayat-ayat tersebut sambil mengusap-usap kepala anak, setelah habis dibaca ayat tersebut, tiup ubun-ubun anak dan sambil berdoa kepada Allah agar anak menjadi seorang yang lembut hati dan sentiasa mendengar kata-kata kedua ibu bapa. Insya Allah.

2.   Surah Taha tadi juga boleh dibacakan pada segelas air dengan cara berbisik ke permukaan air sambil berdoa kepada Allah agar dilembutkan hati anak-anak. Beri anak minum minuman tadi. Mudah-mudahan anak degil akan menjadi anak yang lembut hati dan sentiasa taat kepada kedua ibu bapa. Insya Allah.


No comments: