CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, March 12, 2017

Sebuah Perkawinan ..............





Ikatan sebuah perkawinan ...

Perkahwinan bukan hanya hubungan badan, tetapi merupakan hubungan fikiran, perasaan dan hati antara suami isteri.

‘Orang rumah’ bukanlah wanita yang hanya tinggal serumah tetapi sama-sama mendirikan sebuah rumah tangga. Suami seharusnya sentiasa ingat, isterinya adalah seorang wanita yang telah meninggalkan ibu, bapa dan seluruh anggota keluarganya untuk hidup bersama kita. Untuk mendapat haknya yakni kesetiaan dan kepatuhan, seorang suami perlulah terlebih dahulu menunaikan hak isterinya.

Hanya setelah kita memberi, barulah kita boleh menerima. Justeru, teladanilah suami seperti Rasulullah, barulah isteri akan meneladani isteri seperti Khadijah dan Aisyah. 

Jgn mudah kita menyalahkan isteri .. Allah lantik kita sebagai suami utk memimpin .. menunjuk ajar.. bkn menjadi raja dan isteri umpama hamba ..

Ingatlah, sukar bagi seorang suami ke syurga sekiranya isterinya tidak ikut serta.
‘Lesen’ seorang suami ke syurga hanya dapat dimilikinya setelah dia ditanya tentang segala tanggungjawabnya melindungi, memimpin dan menyayangi isterinya.

Ayat Quran yang berbunyi, ..
“selamatkanlah diri mu dan keluarga mu daripada api neraka”
sesungguhnya ditujukan untuk pertama dan paling utama ialah kepada para suami!

No comments: