6 TIPS BERSANGKA BAIK DARI SYEIKH ABDUL KADIR AL-JAILANI ........
1. Jika engkau bertemu dengan SESEORANG ,maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi
dariku. Aku harus lebih taqwa & beriman demi mendapatkan Redho
Illahi ".
2. Jika bertemu ANAK.KECIL, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya.
Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".. Astaghfirullah........ mohon maafkan aku ya Allah.
3. Jika bertemu orang TUA, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Mohon permudahkn urusan ibadah ku ya Allah...
4. Jika bertemu dengan seorang yang BERILMU, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai
kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak ku
ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
5. Jika bertemu dengan seorang yang BODOH, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu),
sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak.
Dia tentu lebih baik dariku."
6. Jika bertemu dengan orang KAFIR, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya
dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir
usia diriku kufur dan berbuat buruk.
Pendek kata, konsep sangka
baik ialah tidak memandang diri lebih baik, lebih bagus, lebih afdhal
dan lebih tinggi dari sesiapa pun kerana kita tidak mengetahui
benar-benar dari Loh Mahfuz adakah kita akan meninggal dengan husnul
khatimah atau su'ul khatimah.
Tidak rugi kita bersangka baik
terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan
dosa. Jika ternampak sesuatu yang boleh membawa kita bersangka buruk
kepada manusia lain maka carilah 70 alasan untuk kita terkeluar dari
sangkaan buruk tersebut agar kita dapat bersangka baik dengannya.
Seseorang yang bersangka baik, dia tetap benar disisi Allah walau
sangkaannya itu tersalah namun seseorang yang bersangka buruk akan tetap
salah disisi Allah walau sangkaannya itu tepat dan benar.
Satu-satunya yang kita boleh bersangka buruk ialah nafsu kita sendiri.
Carilah aib dan kekurangan diri sendiri, jika kita sibuk dengan keaiban
kita masing-masing nescaya kita tidak akan ada masa untuk mengintai dan
memperkatakan keaiban orang lain.
Semoga kita diberi sifat mata
lebah yang sentiasa melihat dan mencari kebaikan bunga dimana-mana dan
bukan mata lalat yang sentiasa memandang dan mencari kotoran dan najis
diserata tempat..
Wallahua'lam . . . ......
Muga bermanafa't kpd kita semua
Saturday, January 7, 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment